Thursday, May 21, 2009

Pinta dan minta

Pintalah apa saja
Minta segala
Akan diberiNYA

Pintalah semua
Minta sekelumit rasa
Pasti didengarNYA

Pintalah ilmu
Minta secebis untukmu
Akan dilihatNYA

Pintalah tulus nurani
Minta halus budi
Pasti dianugerahNYA

Pintalah daya upaya
Minta kesinambungan tenaga
Akan disempurnakanNYA

Pintalah hati ceria
Minta senyuman mesra
Pasti diperkenankanNYA

Pintalah wajah bercahaya
Minta petah bicara
Akan dilaksanakanNYA

Pinta dan minta
Walaupun di mana
Di detik dan bila ketika
Meskipun berbeza taraf antara kita
Miskin mahupun kaya
Tua atau sianak desa
Cerdik atau tiada belajar
Dalam nestapa atau tawa suka
Untuk diri mahupun buat semua
sendiri atau gegak gempita
Di istana mahupun di pondok mamah usia
berdiri atau berlari
duduk mahupun bersimpuh
sakit atau sihat
dalam lapang mahupun waktu sempit

Pasti akan dimakbulkanNYA
Meskipun tidak di sini
Sedikit atau melimpah ruah
Akan diganjarkanNYA
Di sana negeri akhirat yang abadi

Kerana DIA Al-Wahhab
Allah As-Syakur
DIA Al-Malik
Ar-Rahman di dunia
Ar-Rahman di akhirat

Pinta dan minta
kepada Yang Maha Esa
Yang As-Shomad
luas ketidakterhinggaan perbendaharaanNYA
tidak seatom akan terluak
meskipun seisi dunia diberiNYA

Pinta dan minta
jangan berputus asa
dari Rahmat dan HidayahNYA

Istiqamahlah pinta dan minta
hingga akhir nyawa...

No comments: