Wednesday, April 9, 2014

Ketahuilah, Allah itu zatNya esa oleh kerana itu pasti sifat dan af’alNya jua esa kerana sifat dan af’alNya itu terbit dari zatNya. Sifat itu kelakuan bagi zat dan af’al itu perbuatan bagi zat maka disini yang ditilik adalah zat Wajibul Wujud yang bernama Allah. Allah itu adalah semata-mata asma’ bagi zat Wajibul Wujud oleh kerana itu janganlah sembah Allah kerana ianya hanya sekadar nama yang tiada ain wujud dan hanya sebagai khabar bagi memperkenalkan zat Wajibul Wujud. Matlamat penyembahan itu adalah tertuju kepada zat Wajibul Wujud dan bukan kepada asma’ bagi zat Wajibul Wujud. Namun jika setelah difahami bahawa zat Wajibul Wujud itulah tempat tujuan penyembahan dan Ia memperkenalkan diriNya sebagai bernama Allah maka tiadalah salahnya mengatakan “aku sembah Allah” bahkan wajib. Kemudian, zat Wajibul Wujud inilah yang hendak di-tawhid-kan dan di-u’raf-i yakni diesakan dan dikenali. Makanya yang pertama-tama wajib diketahui ialah bagaimanakah esanya af’al, asma’, sifat dan zat bagi zat Wajibul Wujud dan yang keduanya wajib mengetahui hikmah hakikat kejadian alam ini khususnya kejadian manusia sebagai penyempurnaan tawhid yakni ma’rifatullah kerana Ihsan tidak akan dapat dimengertikan tanpa tawhid dan ma’rifatullah. Tawhid itu tentang ‘iktiqad’ bahawa zat Wajibul Wujud adalah ESA manakala ma’rifatullah itu tentang ‘merasai’ ESAnya zat Wajibul Wujud. Amat besar jurangnya antara tawhid dan ma’rifatullah kerana tawhid itu bangsa ilmu yang akhirnya menjadi pengesah iktiqad bagi kita untuk ditasdiq dalam sesaat manakala ma’rifatullah itu bangsa rasa yang akhirnya menjadi amalan bagi kita untuk dipakai setiap saat. Kedua-duanya ibarat nyawa dengan roh atau semisal laut dengan ombak atau seumpama matahari dengan sinarnya yang saling tidak dapat dipisahkan. Beruntunglah pada sesiapa yang telah dibukakan baginya dengan hidayahNya akan ilmu Tawhid dan ilmu Ma’rifatullah kerana mertabat kedua-dua ilmu ini adalah ilmu yang paling teratas dan paling terutama disisi Allah ta’ala dan disisi agama Islam berbanding ilmu-ilmu lain yang ada diatas muka bumi ini. Inilah ilmu yang dihukumkan sebagai Fardhu Ain untuk mempelajarinya kerana himpunan kedua-dua ilmu ini akan membuahkan Ihsan dan sebagaimana yang telah tersedia maklum, Ihsan itu adalah salah satu daripada rukun agama yang tiga iaitu Islam, Iman dan Ihsan malah menyertakan Ihsan dalam setiap ibadah adalah wajib bahkan jika tiada Ihsan maka sesuatu ibadah itu sesekali tidak akan diterima Allah ta’ala. TAWHID Zat Wajibul Wujud itu tiada satu pun makhluk yang tahu bagaimanakah rupaNya, bentukNya dan warnaNya yang hakiki bahkan zat Wajibul wujud itu maha suci daripada digambar dengan berupa, berbentuk dan berwarna. Apa yang wajib kita ketahui ialah zat Wajibul Wujud itu wujudNya bersifat Salbiyah yakni qidam, baqo’, mukholafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsihi dan wahdaniyah. Zat Wajibul Wujud itu wujudNya tiada permulaan, tiada beribu, tiada berbapa dan tiada yang menjadikanNya bahkan wujudNya sedia ada tunggal tanpa ada wujud sesuatu terdahulu daripadaNya. WujudNya sesekali tidak akan menerima binasa, sesekali tidak akan menerima mati apatah lagi diakhiri dengan tiada selama-lamanya. WujudNya bersalah-salahan dengan sesuatu selainNya yakni tiada berbentuk, tiada berupa, tiada berwarna, tiada berbau, tidak didalam sesuatu, tidak diluar sesuatu, tidak berjisim, bukan jenis jirim malah langsung tidak boleh disamakan dengan makhluk. WujudNya bersendirian tanpa sesuatu menemaniNya, tanpa berhajat kepada sesuatu, tanpa berharap pada sesuatu, tanpa bergantungan kepada sesuatu malah wujudNya tidak berdiri atas sesuatu. WujudNya esa lagi tunggal maka dengan itu sifat dan af’alNya juga esa lagi tunggal tanpa ada tandingan dan tanpa ada sekutu. WujudNya meliputi segala sesuatu oleh kerana itu dimana sahaja dihadap disitulah wujud Dia kerana Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin. Demikianlah khabar tentang kewujudan zat Wajibul Wujud yang laitha kamithlihi syai’un itu. Tiada satu pun zat selain zat Wajibul Wujud yang wujudnya bersifat qidam, baqo’, mukholafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsihi dan wahdaniyah. Jika diiktiqadkan yang demikian itu sebagai ada maka ternafilah zat Wajibul Wujud itu sebagai esa lagi tunggal lagi bersendirian maka terjadi berbilang-bilanglah zat Wajibul Wujud ketika itu. Mengiktiqadkan ada sesuatu zat yang bersamaan sifat Salbiyahnya dengan zat Wajibul Wujud maka inilah yang dinamakan sebagai syirik yakni menduakan zatNya dengan sesuatu. Kemudian tentang sifat kesempurnaanNya yakni sifat Ma’ni maka zat Wajibul Wujud itu wajib bersifat qudrat, iradat, ilmu, hayyat, sama’, basyar dan kalam. Zat Wajibul Wujud itu berkuasa maka zat Wajibul Wujud itu berupaya untuk mengadakan dan meniadakan segala sesuatu secara bersendirian tanpa menjadi lemah. Zat Wajibul Wujud itu berkehendak maka Dia mutlak untuk menentukan segala sesuatu secara bersendirian tanpa desakan dan tanpa kelalaian. Zat Wajibul Wujud itu berilmu maka Dia mengetahui segala sesuatu sama ada yang tersembunyi apatah lagi yang nyata dan yang telah ada apatah lagi yang tersembunyi dalam pengetahuanNya tanpa kebodohan yang melazimiNya. Zat Wajibul Wujud itu berpenghidupan maka Dia ada pada setiap masa bersendirian tanpa mengantuk, tertidur mahu pun mati. Zat Wajibul Wujud itu berpendengaran, berpenglihatan serta bertuturan maka Dia mendengar dan melihat segala sesuatu tanpa halangan dan tanpa terbatas, Dia menjelaskan segala sesuatu dengan kata-kataNya tanpa kelu dan tanpa bisu. Tiada satu pun zat selain zat Wajibul Wujud yang wujudnya bersifat qudrat, iradat, ilmu, hayyat, sama’, basyar dan kalam. Jika diiktiqadkan yang demikian itu sebagai ada maka ternafilah zat Wajibul Wujud itu sebagai esa lagi tunggal lagi bersendirian sebagai empunya qudrat, iradat, ilmu, hayyat, sama’, basyar dan kalam maka menjadi berbilang-bilanglah sekelian sifat Ma’ni itu. Mengiktiqadkan ada sesuatu zat yang bersamaan sifat Ma’ninya dengan zat Wajibul Wujud maka inilah juga yang dinamakan sebagai syirik yakni menyamakan sifatNya dengan sesuatu. Seterusnya tentang sifat Ma’nawiyyahNya maka zat Wajibul Wujud itu wajib bersifat qodirun, muridun, ‘alimun, hayyun, sami’un, basyirun dan mutakalimun. Zat Wajibul Wujud itu berkuasa maka Dia kekal didalam keadaan berupaya mengadakan dan meniadakan segala sesuatu tanpa lemah oleh kerana itu Dia sahajalah yang berkeadaan berkuasa sedangkan yang lain selainNya adalah mutlak lemah. Zat Wajibul Wujud itu berkehendak maka Dia kekal didalam keadaan menentukan segala sesuatu tanpa desakan, tanpa kelalaian dan tanpa kecuaian oleh kerana itu Dia sahajalah yang berkeadaan menentu, merencana dan merancang segala sesuatu sedangkan yang lain selainNya adalah mutlak terikat dengan aturanNya. Zat Wajibul Wujud itu berilmu maka Dia kekal didalam keadaan memaklumi segala sesuatu tanpa tidak tahu oleh kerana itu Dia sahajalah yang berkeadaan mengetahui sedangkan yang lain selainNya adalah mutlak jahil. Zat Wajibul Wujud itu berpenghidupan maka Dia selama-lamanya dalam keadaan hidup tanpa berkesudahan dengan kematian oleh kerana itu Dia sahajalah yang berkeadaan hidup sedang yang lain selainNya mutlak mati. Zat Wajibul Wujud itu berpendengaran maka Dia kekal didalam keadaan tiada batasan mendengar tanpa menjadi pekak oleh kerana itu Dia sahajalah yang berkeadaan mendengar sedang yang lain selainNya mutlak pekak. Zat Wajibul Wujud itu berpenglihatan maka Dia kekal didalam keadaan tiada batasan melihat tanpa menjadi buta oleh kerana itu Dia sahajalah yang berkeadaan melihat sedang yang lain selainNya mutlak buta. Zat Wajibul Wujud itu bertutur maka Dia kekal dalam keadaan menjelaskan dan menerangkan segala sesuatu tanpa membisu oleh kerana itu Dia sahajalah yang berkeadaan bertutur tanpa bisu. Jelas, zat Wajibul Wujud itu bersifat Salbiyah, Ma’ni dan Ma’nawiyyah maka dengan itu hanya Dia sahajalah yang memperbuat segala sesuatu dengan af’alNya sendiri kerana af’al itu wajib berlangsung dengan qudrat dan iradat. Hanya zat Wajibul Wujud sahajalah yang secara tunggalnya menjadikan sesuatu dan sesuatu itu Dia jugalah yang mengerakdiamkannya. Zat Wajibul Wujud itu menjadikan tujuh petala langit dengan af’alNya, menjadikan tujuh petala bumi dengan af’alNya malah pendek kata dengan af’alNya itu jugalah dijadikan seluruh alam semesta raya ini dan menggerakdiamkannya tanpa ada sekelumit pun pada sesuatu itu usaha dan ikhtiarnya sendiri. Tiada satu pun zat selain zat Wajibul Wujud yang wujudnya ber-af’al. Jika diiktiqadkan yang demikian itu sebagai ada maka ternafilah zat Wajibul Wujud itu sebagai esa lagi tunggal lagi bersendirian sebagai empunya af’al maka menjadi berbilang-bilanglah sekelian af’al itu. Mengiktiqadkan ada sesuatu zat yang bersamaan af’alnya dengan zat Wajibul Wujud maka inilah juga yang dinamakan sebagai syirik yakni menyengutukan af’alNya dengan sesuatu. Menduakan zat, menyamakan sifat dan mempersekutukan af’al zat Wajibul wujud dengan sesuatu adalah syirik, bahkan disisiNya syirik itu bersamaan tarafnya dengan taraf najis disisi kita. Begitu hina, keji dan jeleknya najis maka sehina, sekeji dan sejelek itu jugalah manusia-manusia yang musyrik pada pandanganNya. Manusia-manusia yang musyrik itu adalah apabila ia mengiktiqadkan bahawa dirinya wujud setandingan zat Wajibul Wujud, dirinya mempunyai sifat Ma’ni setandingan zat Wajibul Wujud dan mempunyai af’al setandingan zat Wajibul Wujud. Sebenar-benarnya makhluk itu tiada pun wujudnya, tiada pun sifat Ma’ninya dan tiada pun af’alnya. Oleh kerana itulah sekelian makhluk pada tabiatnya dan pada upayanya yang terzahir pada tindak-tanduk dan kelakuan zatnya pada hakikatnya tidak sekali-kali boleh mendatangkan bekas pada menghasilkan manfaat dan mudarat.

Wednesday, July 31, 2013

Allah SWT amat nyata, Dia lebih nyata daripada apa yang tersembunyi, tetapi bagaimanakah kita melihatNya? Ya,,, kita melihatnya dengan mata hati terhadap nikmat yang diberikanNya kepada kita, apa sahaja yang ada pada diri kita adalah nikmatNya atau anugerahNya. Dengan lain perkataan inilah yang dikatakan rahsia pandangan mata hati. Apabila kesadaran ini tertanam dalam hati nurani kita, bahawa Allah sentiasa meliputi diri kita dengan nikmatNya, maka dengan itu mudahlah kita mengingatinya, walaupun 24 jam sehari, kerana semuanya adalah nikmat Allah kepada kita. Cuba fikirkan apakah nikmat Allah itu yang sentiasa ada bersama kita? Ya,,, antara nikmat Allah yang ada pada kita, ambil sedikit sahaja sebagai contoh, seperti degupan jantung, turun naik nafas, peredaran darah dan penglihatan mata kita. Dengan itu: Siapakah yang mengatur jantung kita sehingga ia berdegup setiap saat? Siapakah yang mengatur naik turun nafas kita? Siapakah yang mengalirkan darah kita keseluruh tubuh kita? Siapakah yang mengatur kerdipan dan penglihatan mata kita? Ya,,, sudah pasti semua itu Allah yang mengatur dan Allah yang mengawasi kehidupan kita. Sehinggakan semuanya berjalan dengan lancar tanpa campur tangan daripada kita. Jikalau kesadaran ini telah tertanam, maka dengan itu mudahlah kita dapat mengingati Allah, kita akan sentiasa ingat Allah, maka itulah yang dikatakan kita mengingati Allah sama ada berdiri, duduk atau berbaring. Kuncinya adalah pada kesadaran, dan itulah yang dikatakan menginagati Allah secara rahasia. Jelaslah,,, setiap yang ada pada kita adalah nikmat Allah, sebagai bukti bahawa Dia meliputi diri kita. Seperti Firman Allah QS Al Zariyat 51:21: Dalam diri kamu mangapa tidak kamu perhatikan. Kesadaran inilah yang akan membawa kita lebih dekat kepada Allah, kerana kita tahu Allah sentiasa ada bersama kita dan di mana pun kita berada. Hanya mereka yang mempunyai kesadaran ini, akan merasakan kebahagiaan dan tiada kekuatiran dan ketakutan pada mereka kerana mereka sadar Allah sentiasa bersama mereka. Tanamlah kesadaran ini dengan kukuh kerana dengan kesadaran itulah seseorang dapat mengenal Allah dengan benar dan melihatNya dengan mata hati,,, Isbatul Yakin, …. melihat Allah dengan nyata di dunia ini. MasyaAllah
Kekasihku… Dekatkan dirimu kepada penyaksian Maka Aku akan dekatkan diriKu kepadamu dengan wujudKu Jangan kau jauhkan dirimu dariKu Sebab Akulah yang berkata, Aku lebih dekat padamu dari urat lehermu Jangan engkau belenggu dirimu dengan nama seorang hamba Kalau bukan kerana adaNya Rabb Maka tidak akan pernah ada hamba Kau nampakkan diriKu Seperti halnya Aku nampakkan dirimu Jikalau bukan kerana peribadahanmu Nescaya tidak akan ternampakkan KetuhanKu Kau menjadikan diriKu tertajallikan Seperti halnya Aku menjadikan dirimu Kalau bukan kerana wujudmu Maka wujud tajalliKu tidak akan ternampakkan CintaKu paling dekat dari segala yang terdekat Cintaku paling tinggi dari segala yang tertinggi CintaKu mengkehendaki dirimu untuk pengsifatan DiriKu Aku pilih dirimu untuk diriKu Jangan kau keluarkan dirimu untuk selain DiriKu Jangan keluarkan Diriku dari dirimu CintaKu umpama manis dalam buah CintaKu umpama garam dalam makanan CintaKu menjadikan DiriKu terasa dalam getaran indrawimu Cintaku membuatkan DiriKu tersentuh dalam sentuhanmu KekasihKu kau adalah muara harapanKu Kekasihku kau adalah muara penglihatanKu Kekasihku kau adalah muara kelembutanKu Betapa indahnya kebersamaanKu denganmu Betapa syahdu kemesraanKu denganmu KekasihKu kaulah DiriKu nan sejati sepanjang masa… Pencinta Lembah nan Keramat
Berzikir mengingati Allah adalah suatu hubungan yang langsung antara hamba dan Allah. Berzikir tidak sama dengan menyebut nama Allah, kerana jikalau hanya menyebut, bermakna seseorang itu belum mengenal Allah. Tetapi berzikir kepada Allah adalah mengingati Allah yang sudah dikenal. Supaya kita sampai kepada mengenal Allah kita haruslah suci zahir dan batin kerana Allah itu Maha Suci dan hanya yang suci yang mampu sampai kepadaNya. Secara zahir untuk bersuci adalah melalui wuduk, istinjak dan mandi junub. Dan setelah berwuduklah baru sah menunaikan sembahyang. Walau bagaimanapun wuduk dan suci secara zahir haruslah terlebih dahulu mengenal Allah yang Maha Suci. Mengenal Allah sangat penting, kerana apabila telah kenal, Allah sendirilah yang akan mensucikan kita, dengan usaha kita sendiri, kita tidak mampu untuk mencapai kesucian yang sebenar, kerana itu ahli sufi pernah berkata wujudmu itu adalah satu dosa. Wah, kalau begitu amat sukar kita mahu mensucikan diri sendiri, hanya Allah yang mampu mensucikan diri hambaNya. Apabila kita tidak mengenal Allah maka proses penyucian yang kita lakukan itu hanya sebatas menurut pandangan kita sahaja dan belum tentu diterima Allah. Mengapa demikian? Jawapanya, kerana Allah melihat kepada hati tidak kepada zahirnya sahaja. Kesucian hati daripada syirik adalah lebih utama daripada kesucian jasad daripada kotoran dan najis. Dengan mengenal Allah maka kesyirikan dapat dihapuskan. Mereka yang mengenal Allah akan dibimbing Allah kepada sifat-sifat ikhlas dalam beramal, sabar dalam menghadapi cobaan, tawakal dalam berikhtiar dan reda apa saja yang diputuskan Allah terhadapnya. Nah inilah yang dikatakan hati hambaNya telah mencapai kesucian. Apabila hambaNya telah mengenal Allah maka sudah pasti ia akan ingat Allah bukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja, malah setiap saat, 24 jam sehari. Kerana bagi mereka yang telah mengenal Allah berzikir kepada Allah itu adalah mudah. Itulah sebabnya dikatakan awal beragama itu mengenal Allah (makrifatullah). Kita seharusnya mengikut sunah Rasullulah, iaitu mengenal Allah dahulu baru beragama, tetapi nampaknya sekarang kita telah terbalik, beragama dahulu baru mahu mencari atau mengenal Allah. Renung-renungkan… MasyaAllah.
Masa Itu Emas demi masa itulah sumpahNYA namun manusia acapkali alpa sering lupa leka segala dibuai mimpi tika jaga diulit cinta nafsu duniawi sungguh benar masa tiada ternilai meskipun seumpama emas pepatahnya malah mengangkasa harganya tidak terbayar dunia seisi sesaat berlalu seribu batu jaraknya tidak terkejar walau hanya sedetik dengan jet tercanggih teknologi kini? tiada ganti biar seminit dengan intan berlian seluas Sahara? maka rebutlah penuhilah tuntutan masa dengan keimanan serta istiqamah amal salih menyeru kepada yang hak berpaksikan kesabaran dan ketatasusilaan Bagai Aur Dengan Tebing menyusur kehidupan lumrah alam muafakat saling bergantungan asas kemasyarakatan tanpa kaki tangan tidak kesampaian mengikat mata dengan pandangan menyimpul bunyi berserta pendengaran manusia punyai ikatan antara sesama mahupun seangkatan perlu memerlukan harapan dan impian bagai aur dengan tebing tidak terpisahkan meskipun terkorban memang hakikat kejadian diciptakan Hawa untuk Sang Adam diwarnai bumi flora dan fauna dihiasi langit bintang Kejora mentari bersinar bulan bercahaya silih berganti menceriakan semesta persis aur dengan tebing tanpa keluhan tanpa bantahan akur mengikut bicara patuh menurut kata YANG MAHA ESA manusia punyai pautan syariat terlaksana aqidah dibina jiwa naluri seia seirama akal budi berlagu senada umpama aur dengan tebing tidak goyah meskipun bencana melanda bagai aur dengan tebing bagai aur dengan tebing bagai aur dengan tebing……… Jika kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga perumpamaan indah Melayu lama sinis bicara menusuk diri ada makna disebalik kata penuh motivasi isi dan inspirasi kail panjang sejengkal ibarat ceteknya ilmu di dada tumpulnya akal budi umpama si anak kecil bertatih sendiri jatuh bangun merangkak meratapi laut nan dalam bagaikan liku kehidupan penuh cabaran luas terbentang sekeliling alam sukar diharungi tanpa kesiapsiagaan perlu akan kesabaran yang berkesinambungan orang Melayu sinonim dengan kiasan pencetus semangat pembina cita-cita renunglah sejarah Panglima Awang meneroka lautan ingatkah kepada Nakhoda Taib? ramai lagi nama nama besar gah seantero semesta memertabatkan bangsa apakah kita lupa? hidup Melayu ada susila indah bahasa murni jiwa dalam santun punyai ketegasan marah terselit kasih tersimpul sayang tunduk namun menggapai awan senyum hakikatnya tidak semudah digoyahkan persis irama silat lembut tetapi buahnya menyakitkan Sebab Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga anugerah kehidupan bagaikan mutiara tidak ternilai berliku beronak ranjau sepanjang perjalanan jalan nan lurus berbekal sekeping hati tulus mulus merupakan puncak segala tujuan namun bukannya semudah jangkaan dan igauan harus punyai ketabahan kecekalan dan kewibawaan tanpa rasa kecewa gundah juga putus asa pepatah nila setitik rosak susu sebelanga merupakan payung mahkota jiwa adalah pemangkin melawan seteru semesta mungkin kita alpa asal usul moyang manusia Adam dan Hawa dilanda nista bujuk rayuan sang durjana si Iblis tua Syurga kenikmatan direnggut serta merta melara duka di dunia nan fana bukan kerana dosa besar menggunung hakikat hanya sebuah pohon hinggakan Adam tidak henti memohon ampun puluhan tahun fikirkanlah insan sengketa nafsu dan akal bermaharaja lela hanya ilmu amal taqwa penawar berharga nila setitik rosak susu sebelanga mendidik agar sentiasa berwaspada akan bisikan tipudaya yang sering menerjah di cuping telinga tersilap langkah binasa segala harapan punah mendorong ke neraka kalam berakhir tanpa kata kata maka sedarlah setiap perjuangan perlu kesinambungan berterusan menadah berdoa kepada YANG KUASA semoga sesaat tiada lupa

Sunday, July 21, 2013

Ramadhan susah benar mengejar payah jerih belajar tidak terkejar untuk mengajar sering kali kurang ajar akal tidak sejajar hati jadi pijar Syahadah tidak tercapai kaedah ternyata terdedah hanya sekelumit faedah jadi endah tak endah Solat tumpuan jiwa sebulat masih kelat pelbagai ralat hati terkulat kulat entah bila entah tulat Zakat apa yang tersekat kenapa terikat mesti ada muafakat meraih berkat Baitullah dari MU Allah dengan MU Allah kerana MU Allah atas Mu Allah kehendak MU Allah daya Mu Allah upaya MU Allah di mana a k u ke mana a k u ternyata a k u t i a d a kosong p a s r a h terserah berserah menyerah

Wednesday, May 1, 2013

Daripada BLog TOK KENALI renungkanlah buat tatapan semua yang bergelar muslim agar kita sentiasa redha, pasrah, ikhlas dan syukur kerana punyai ALLAH. Serba Sedikit Tentang Percaya Kepada Rukun Iman. Apakah maksud percaya kepada Allah. Percaya kepada Allah itu, biarlah sampai kepada tahap tidak dikeranakan dengan suatu kerna. Tidak disebabkan dengan suatu sebab dan tidak disabitkan dengan suatu sabit!. Percaya kepada Allah itu, hendaklah tidak dengan beralasan. Kerana Allah itu, adalah Allah. Yang nyata Allah, yang ghaib Allah, yang zahir Allah, yang batin Allah, yang awal Allah dan yang akhirpun Allah. Segala-galanya Allah, kenapa masih tak terlihat Allah………. Tidak ada ruang untuk wujud (ada), ujud (menjadikan) dan mujud (dijadikan) sifat makhuk. Tidak ada ruang diantara awal dan akhir itu, ditengah-tengahnya adanya kita!. Percayalah bahawasanya Allah itu, terang yang wajahNya lebih terang dari cahaya matahari. Dekat mata putih dengan mata hitam, lebih dekat lagi Allah. Nyatanya ibu bapa kita, sesungguhnya Allah itu lebih nyata dari kedua ibu bapa kita. Kenapa tak terlihat?. Mengenal, melihat, memandang atau menatap wajah Allah itu, hendaklah denngan nyata- senyata nyatanya!. Tanpa terselindung oleh sesuatu. Allah bukan sesuatu tetapi zahir pada tiap sesuatu!. Allah tidak ada hijab, tidak ada dinding dan tidak ada tabir, yang boleh menghalang kita dari menilik, menatap, memandang atau melihatNya!. Sebab yang menjadi terhijabnya kita dari tertilik Allah itu, adalah kerana kita masih mengadakan “sifat keakuan”. Percaya kepada Allah itu, hendaklah sampai sehingga kepada tahap tidak ada dalil. Kerana segala-galanya itu, adalah wujudnya Allah. La maujud Bilhaqqki Illalah. Apakah maksud atau beriman kepada Al-Quraan. Maksud beriman kepada Al-Quraan itu, adalah hendaklah kita mendahului Allah berbanding diri kita. Quraan itu adalah kalam Allah. Kalam Alla itu, adalah perkataan Allah. Bermaknanya disini, hendaklah kita mendahului kata-kata atau ketetapan Allah, berbanding kata kita atau ketetapan akal kita!. Bilamana kita beriman kepada Al-Quraan, bermakna kita dikehendaki mendahului ketetapan Allah, berbanding ketetapan ketetapan yang kita tetapkan!. Apa yang terjadi atas kita itu, hendaklah kita tahu yang bahawasanya ketetapan kata Allah itu, telah mendahului kejadian apa yang berlaku. Sebelum kita rugi dalam perniagaan, sebelum kita putus kasih, sebelum bercerai atau sebelum kita mati itu, sesungguhnya Allah sudah merugikan kita sebelum kita rugi. Sebelum kita putus tunang, putus kasih atau bercerai itu, sesungguhnya kita telah diputus atau telah diceraikan oleh Allah mendahului putus atau bercerainya kita. Sebelum kita lahir atau sebelum kita mati, ketetapan Allah itu, telah mendahului kita. Sebenarnya sebelum kita lahir, Allah dan lahirkan kita dalam ilmuNya. Sebelum kita mati, sesungguhnya ita itu telah dimatikan Allah, dalam ilmuNya. Sebelum kita masuk syurga atau neraga itu, sesungguhnya Allah sudah terlebih dahulu memasukkan kita kedalam neraka atau syurga!. Kata-kata Allah itu, sesungguhnya telah medahulu kata-kata, niat atau kehendak kita!. Maka redha dan ikhlaslah dalam menerima segala cubaan atau musyibah yang berlaku. Beriman kepada Al-Quraan itu, adalah mendahulu kata-kata Allah berbanding kata-kata kita!. Mendahului ketetapan Allah sebelumnya, berbanding apa yang berlaku. Mana sebenar-benar Al-Quraan?. Yang kita sebut itu suara atau bunyi suara yang keluarnya dari bibir mulut. Yang kita baca itu, adalah berupa suratan atau berupa tulisan (dari dakwat) yang tertulis diatas yang berupa kertas. Sedangkan Al-Quraan itu, adalah kalam Allah, bahasa Allah, kata-kata Allah, ucapan Allah dan suara Allah. Yang tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjirim da tidak berjisim. Adapun yang kita baca itu, adalah berupa kertas yang bertulilsan dengan dakwat. Dibakar hangus, direndam basah, ditanam dalam, digantung tinggi dan ditembak tembus. Sedangkan kata-kata Allah itu adalah berupa bahasa percakapan allah yang tidak samadengan suara bibir mulut kita?. Jika Quraan itu, bukan seperti suara bibir, bukan seperti tulisan atas kertas, dimanakah kata-kata Allah yang bernama Quraan?. Yang kita sebut itu, suara yang keluarnya dari anggota bibir, adapun kata-kata Allah itu, tidak sebagaimana suara bibir!. Yang kita baca itu, adalah kertas, sedangkan kata-kata Allah itu, tidak seperti kertas!. Manakah yang dikatakan sebenar-benar Al-Quraan (sebenar-benar kata-kata Allah). Atau dalam bahasa mudah, Al-Quraan itu, adalah percakapan Alah. Adapun percakapan Allah itu, bukan sebagai petuturan bibir mulut. dimana Al-Quraan. Al-Quraan atau kata-kata Allah itu, adalah “KUN” . dari perkataan kun itulah, makanya terjadinya sekalian Alam. Oleh itu, sekalian Alam inilah “KUN” Allah, kata-kata Allah atau Al-Quraan. Apakah maksud beriman kepada Rasul. Rasul itu ertinya pesuruh manakala pesuruh itu pula, adalah orang yang kena suruh. Adapun maksud beriman kepada Rasul itu, adalah mendahului kena suruh daripada yang menyuruh. Maknanya disini bahawa sebelum kita melakukan sesuatu, sebenarnya kita telah melakukan sesuatu mengikut kehendak yang menyuruh, yang menyuruh itu, seungguhnya telah mendahului sebelum segala sesuatu sampai kepada yang kena suruh!. Kita kena percaya dan penuh yakin bahawa sebelum segalanya sesuatu itu berlaku atau terjadi, sesungguhnya perlakuan dan kejadian itu, sesungguhnya telah pun berlaku dan telahpun siap terjadi sebelumnya!. Setelah kita yakin dan penuh percaya kepada rasul (beriman kepada Rasul), maka hendaklah kita taat, patuh dan mengikut serta mematuhi apa sahaja yang telah dahulu ditetapkan sebelumnya. Ingatlah bahawsanya kita ini, orang yang kena suruh (pesuruh), kita ini kuli dan kita ini hanyalah hamba sahaya yang fakir, yang hanya menurut sahaja apa perintah atau kehendak yang telah ditetapkan!. Jika diberi sakit, maka sakitlah kita, jjika diberi miskin, maka miskinlah kita, jika diberi musyibah, maka azablah kita dan jika diberi mati,maka matilah kita. selaku yang kena suruh, hendaklah kita patuh kepada apa yang ditetapkan atas kita. Bilamana kita percaya kepada pesuruh (yang kena suruh), kita tidak boleh lagi mengeluh atau merungut dari apa yang telah ditetap dan yang telah ditakdirkan oleh Allah atas kita!. Apakah maksud percaya kepada Malaikat Untuk mengenal malaikat, hendaklah terlebih dahulu kita tahu akan tugas-tugasnya. Setelah kita kenal dan tahu akan tugasnya, barulah kita boleh kenal dan tahu siapa itu Malikat sebenarnya. Seumpama tugas bagi pasukan bomba. Pasukan bomba adalah dengan tugas-tugas pemadam api. Pasukan polis pula menangkap pencuri dan pasukan ambulan pula menyelamat orang sakit dan sebagainya. Dengan mengenal tugas, maka kita akan kenal tuannya. Begitu juga Malaikat. Bilamana kita kenal tugas malaikat, maka sudah tentu kita akan kenal siapa tuannya. Tugas Malaikat Jibrail itu, adalah menurunkan wahyu. Malaikat Jibrail itu, jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah merupakan “akal, fikiran atau otak”. Yang tugas menanggug pemikiran atau menerima tugasan memikir sebagaimana tugas Jibrail yang menurun wahyu. Jibrail itu, jika dikiaskan peda diri kita adalah “akal”!. Malaikat Izrafil itu, tugasnya meniup serunai sanggkala. Serunai Malaikat Izrafil itu, jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah berupa (serunai), anggota “mulut” yang mengeluar suara dari kedua bibir mulut. Malaikat Mikail pula tugasnya menurunkan hujan. Malaikat Mikail, jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah berupa (hujan) “mata” yang menurunkan air mata. Manakala Malaikat Izrail pula, tugasnya adalah menaik nyawa. Malaikat Izrail, jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah berupa (naik turun nafas) “hidung” yang menurun dan menaikkan nafas. Dari itu, kenallah kita akan siapa itu kiasan kepada para Malaikat!. Segalanya ada tafsiannya pada diri kita!. Apakah maksud percaya kepada kahda dan kadar Percaya kepada khada dan kadar itu, adalah percaya kepada untung baik dan untung buruk. Segalanyanya baik dan buruk itu, sesungguhnya adalah datangnya dari Allah Taala. Bilamana sesuatu itu datangnya daripada Allah Taala, maka segalanya itu akan kelihatan baik dan akan jadi segala-galanya cantik!. Jika kereta kita kena langgar, kehilangan wang, kehilangan nyawa anak isteri sekalipun, kita kena percaya bahawa tiada suatu gerak sekalipun sebesar zarah, melainkan datangnya gerak itu biar sebesar zarah sekalipun, itu sesunggunya adalah datangnya dari kehendak dan keizinan Allah Taala. Terimalah samaada baik atau buruk, kerana baik dan buruk itu, sesunguhnya adalah datangnya dari anuggerah dan kurniaan Allah. Bilamana datangnya dari kurniaan atau anugerah Allah, sealanya akan menjadi nikmat. Drp hj shaari tanggal 1 hb mei. jam 3.20 pagi bersamaan hari rabu. Amin