Sunday, July 21, 2013

Ramadhan susah benar mengejar payah jerih belajar tidak terkejar untuk mengajar sering kali kurang ajar akal tidak sejajar hati jadi pijar Syahadah tidak tercapai kaedah ternyata terdedah hanya sekelumit faedah jadi endah tak endah Solat tumpuan jiwa sebulat masih kelat pelbagai ralat hati terkulat kulat entah bila entah tulat Zakat apa yang tersekat kenapa terikat mesti ada muafakat meraih berkat Baitullah dari MU Allah dengan MU Allah kerana MU Allah atas Mu Allah kehendak MU Allah daya Mu Allah upaya MU Allah di mana a k u ke mana a k u ternyata a k u t i a d a kosong p a s r a h terserah berserah menyerah

No comments: