Wednesday, July 31, 2013
Allah SWT amat nyata, Dia lebih nyata daripada apa yang tersembunyi, tetapi bagaimanakah kita melihatNya? Ya,,, kita melihatnya dengan mata hati terhadap nikmat yang diberikanNya kepada kita, apa sahaja yang ada pada diri kita adalah nikmatNya atau anugerahNya. Dengan lain perkataan inilah yang dikatakan rahsia pandangan mata hati.
Apabila kesadaran ini tertanam dalam hati nurani kita, bahawa Allah sentiasa meliputi diri kita dengan nikmatNya, maka dengan itu mudahlah kita mengingatinya, walaupun 24 jam sehari, kerana semuanya adalah nikmat Allah kepada kita.
Cuba fikirkan apakah nikmat Allah itu yang sentiasa ada bersama kita? Ya,,, antara nikmat Allah yang ada pada kita, ambil sedikit sahaja sebagai contoh, seperti degupan jantung, turun naik nafas, peredaran darah dan penglihatan mata kita.
Dengan itu:
Siapakah yang mengatur jantung kita sehingga ia berdegup setiap saat?
Siapakah yang mengatur naik turun nafas kita?
Siapakah yang mengalirkan darah kita keseluruh tubuh kita?
Siapakah yang mengatur kerdipan dan penglihatan mata kita?
Ya,,, sudah pasti semua itu Allah yang mengatur dan Allah yang mengawasi kehidupan kita. Sehinggakan semuanya berjalan dengan lancar tanpa campur tangan daripada kita.
Jikalau kesadaran ini telah tertanam, maka dengan itu mudahlah kita dapat mengingati Allah, kita akan sentiasa ingat Allah, maka itulah yang dikatakan kita mengingati Allah sama ada berdiri, duduk atau berbaring. Kuncinya adalah pada kesadaran, dan itulah yang dikatakan menginagati Allah secara rahasia.
Jelaslah,,, setiap yang ada pada kita adalah nikmat Allah, sebagai bukti bahawa Dia meliputi diri kita. Seperti Firman Allah QS Al Zariyat 51:21: Dalam diri kamu mangapa tidak kamu perhatikan.
Kesadaran inilah yang akan membawa kita lebih dekat kepada Allah, kerana kita tahu Allah sentiasa ada bersama kita dan di mana pun kita berada. Hanya mereka yang mempunyai kesadaran ini, akan merasakan kebahagiaan dan tiada kekuatiran dan ketakutan pada mereka kerana mereka sadar Allah sentiasa bersama mereka.
Tanamlah kesadaran ini dengan kukuh kerana dengan kesadaran itulah seseorang dapat mengenal Allah dengan benar dan melihatNya dengan mata hati,,, Isbatul Yakin, …. melihat Allah dengan nyata di dunia ini.
MasyaAllah
Kekasihku…
Dekatkan dirimu kepada penyaksian
Maka Aku akan dekatkan diriKu kepadamu dengan wujudKu
Jangan kau jauhkan dirimu dariKu
Sebab Akulah yang berkata, Aku lebih dekat padamu dari urat lehermu
Jangan engkau belenggu dirimu dengan nama seorang hamba
Kalau bukan kerana adaNya Rabb
Maka tidak akan pernah ada hamba
Kau nampakkan diriKu
Seperti halnya Aku nampakkan dirimu
Jikalau bukan kerana peribadahanmu
Nescaya tidak akan ternampakkan KetuhanKu
Kau menjadikan diriKu tertajallikan
Seperti halnya Aku menjadikan dirimu
Kalau bukan kerana wujudmu
Maka wujud tajalliKu tidak akan ternampakkan
CintaKu paling dekat dari segala yang terdekat
Cintaku paling tinggi dari segala yang tertinggi
CintaKu mengkehendaki dirimu untuk pengsifatan DiriKu
Aku pilih dirimu untuk diriKu
Jangan kau keluarkan dirimu untuk selain DiriKu
Jangan keluarkan Diriku dari dirimu
CintaKu umpama manis dalam buah
CintaKu umpama garam dalam makanan
CintaKu menjadikan DiriKu terasa dalam getaran indrawimu
Cintaku membuatkan DiriKu tersentuh dalam sentuhanmu
KekasihKu kau adalah muara harapanKu
Kekasihku kau adalah muara penglihatanKu
Kekasihku kau adalah muara kelembutanKu
Betapa indahnya kebersamaanKu denganmu
Betapa syahdu kemesraanKu denganmu
KekasihKu kaulah DiriKu nan sejati sepanjang masa…
Pencinta
Lembah nan Keramat
Berzikir mengingati Allah adalah suatu hubungan yang langsung antara hamba dan Allah. Berzikir tidak sama dengan menyebut nama Allah, kerana jikalau hanya menyebut, bermakna seseorang itu belum mengenal Allah. Tetapi berzikir kepada Allah adalah mengingati Allah yang sudah dikenal.
Supaya kita sampai kepada mengenal Allah kita haruslah suci zahir dan batin kerana Allah itu Maha Suci dan hanya yang suci yang mampu sampai kepadaNya.
Secara zahir untuk bersuci adalah melalui wuduk, istinjak dan mandi junub. Dan setelah berwuduklah baru sah menunaikan sembahyang. Walau bagaimanapun wuduk dan suci secara zahir haruslah terlebih dahulu mengenal Allah yang Maha Suci.
Mengenal Allah sangat penting, kerana apabila telah kenal, Allah sendirilah yang akan mensucikan kita, dengan usaha kita sendiri, kita tidak mampu untuk mencapai kesucian yang sebenar, kerana itu ahli sufi pernah berkata wujudmu itu adalah satu dosa. Wah, kalau begitu amat sukar kita mahu mensucikan diri sendiri, hanya Allah yang mampu mensucikan diri hambaNya.
Apabila kita tidak mengenal Allah maka proses penyucian yang kita lakukan itu hanya sebatas menurut pandangan kita sahaja dan belum tentu diterima Allah. Mengapa demikian? Jawapanya, kerana Allah melihat kepada hati tidak kepada zahirnya sahaja. Kesucian hati daripada syirik adalah lebih utama daripada kesucian jasad daripada kotoran dan najis.
Dengan mengenal Allah maka kesyirikan dapat dihapuskan. Mereka yang mengenal Allah akan dibimbing Allah kepada sifat-sifat ikhlas dalam beramal, sabar dalam menghadapi cobaan, tawakal dalam berikhtiar dan reda apa saja yang diputuskan Allah terhadapnya. Nah inilah yang dikatakan hati hambaNya telah mencapai kesucian.
Apabila hambaNya telah mengenal Allah maka sudah pasti ia akan ingat Allah bukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja, malah setiap saat, 24 jam sehari. Kerana bagi mereka yang telah mengenal Allah berzikir kepada Allah itu adalah mudah.
Itulah sebabnya dikatakan awal beragama itu mengenal Allah (makrifatullah). Kita seharusnya mengikut sunah Rasullulah, iaitu mengenal Allah dahulu baru beragama, tetapi nampaknya sekarang kita telah terbalik, beragama dahulu baru mahu mencari atau mengenal Allah.
Renung-renungkan…
MasyaAllah.
Masa Itu Emas
demi masa
itulah sumpahNYA
namun
manusia acapkali alpa sering lupa
leka segala dibuai mimpi tika jaga
diulit cinta nafsu duniawi
sungguh benar masa
tiada ternilai
meskipun seumpama emas pepatahnya
malah mengangkasa harganya
tidak terbayar dunia seisi
sesaat berlalu seribu batu jaraknya
tidak terkejar walau hanya sedetik
dengan jet tercanggih teknologi kini?
tiada ganti biar seminit
dengan intan berlian seluas Sahara?
maka rebutlah penuhilah
tuntutan masa dengan keimanan
serta istiqamah amal salih
menyeru kepada yang hak
berpaksikan kesabaran dan ketatasusilaan
Bagai Aur Dengan Tebing
menyusur kehidupan lumrah alam
muafakat saling bergantungan asas kemasyarakatan
tanpa kaki tangan tidak kesampaian
mengikat mata dengan pandangan
menyimpul bunyi berserta pendengaran
manusia punyai ikatan
antara sesama mahupun seangkatan
perlu memerlukan harapan dan impian
bagai aur dengan tebing
tidak terpisahkan meskipun terkorban
memang hakikat kejadian
diciptakan Hawa untuk Sang Adam
diwarnai bumi flora dan fauna
dihiasi langit bintang Kejora
mentari bersinar bulan bercahaya
silih berganti menceriakan semesta
persis aur dengan tebing
tanpa keluhan tanpa bantahan
akur mengikut bicara patuh menurut kata YANG MAHA ESA
manusia punyai pautan
syariat terlaksana aqidah dibina
jiwa naluri seia seirama
akal budi berlagu senada
umpama aur dengan tebing
tidak goyah meskipun bencana melanda
bagai aur dengan tebing
bagai aur dengan tebing
bagai aur dengan tebing………
Jika kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga
perumpamaan indah Melayu lama
sinis bicara menusuk diri
ada makna disebalik kata
penuh motivasi isi dan inspirasi
kail panjang sejengkal
ibarat ceteknya ilmu di dada
tumpulnya akal budi
umpama si anak kecil bertatih sendiri
jatuh bangun merangkak meratapi
laut nan dalam
bagaikan liku kehidupan penuh cabaran
luas terbentang sekeliling alam
sukar diharungi tanpa kesiapsiagaan
perlu akan kesabaran yang berkesinambungan
orang Melayu sinonim dengan kiasan
pencetus semangat pembina cita-cita
renunglah sejarah Panglima Awang meneroka lautan
ingatkah kepada Nakhoda Taib?
ramai lagi nama nama besar
gah seantero semesta memertabatkan bangsa
apakah kita lupa?
hidup Melayu ada susila indah bahasa murni jiwa
dalam santun punyai ketegasan
marah terselit kasih tersimpul sayang
tunduk namun menggapai awan
senyum hakikatnya tidak semudah digoyahkan
persis irama silat lembut tetapi buahnya menyakitkan
Sebab Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga
anugerah kehidupan bagaikan mutiara tidak ternilai
berliku beronak ranjau sepanjang perjalanan
jalan nan lurus berbekal sekeping hati tulus mulus
merupakan puncak segala tujuan
namun
bukannya semudah jangkaan dan igauan
harus punyai ketabahan kecekalan dan kewibawaan
tanpa rasa kecewa gundah juga putus asa
pepatah nila setitik rosak susu sebelanga
merupakan payung mahkota jiwa
adalah pemangkin melawan seteru semesta
mungkin kita alpa asal usul moyang manusia
Adam dan Hawa dilanda nista bujuk rayuan sang durjana si Iblis tua
Syurga kenikmatan direnggut serta merta melara duka di dunia nan fana
bukan kerana dosa besar menggunung
hakikat hanya sebuah pohon
hinggakan Adam tidak henti memohon ampun puluhan tahun
fikirkanlah insan
sengketa nafsu dan akal bermaharaja lela
hanya ilmu amal taqwa penawar berharga
nila setitik rosak susu sebelanga
mendidik agar sentiasa berwaspada akan bisikan tipudaya
yang sering menerjah di cuping telinga
tersilap langkah binasa segala
harapan punah mendorong ke neraka
kalam berakhir tanpa kata kata
maka sedarlah setiap perjuangan perlu kesinambungan
berterusan menadah berdoa kepada YANG KUASA
semoga sesaat tiada lupa
Sunday, July 21, 2013
Ramadhan
susah benar mengejar
payah jerih belajar
tidak terkejar
untuk mengajar
sering kali kurang ajar
akal tidak sejajar
hati jadi pijar
Syahadah
tidak tercapai kaedah
ternyata terdedah
hanya sekelumit faedah
jadi endah tak endah
Solat
tumpuan jiwa sebulat
masih kelat
pelbagai ralat
hati terkulat kulat
entah bila entah tulat
Zakat
apa yang tersekat
kenapa terikat
mesti ada muafakat
meraih berkat
Baitullah
dari MU Allah
dengan MU Allah
kerana MU Allah
atas Mu Allah
kehendak MU Allah
daya Mu Allah
upaya MU Allah
di mana a k u
ke mana a k u
ternyata a k u t i a d a
kosong
p a s r a h terserah berserah menyerah
Subscribe to:
Comments (Atom)

