Wednesday, July 31, 2013
Allah SWT amat nyata, Dia lebih nyata daripada apa yang tersembunyi, tetapi bagaimanakah kita melihatNya? Ya,,, kita melihatnya dengan mata hati terhadap nikmat yang diberikanNya kepada kita, apa sahaja yang ada pada diri kita adalah nikmatNya atau anugerahNya. Dengan lain perkataan inilah yang dikatakan rahsia pandangan mata hati.
Apabila kesadaran ini tertanam dalam hati nurani kita, bahawa Allah sentiasa meliputi diri kita dengan nikmatNya, maka dengan itu mudahlah kita mengingatinya, walaupun 24 jam sehari, kerana semuanya adalah nikmat Allah kepada kita.
Cuba fikirkan apakah nikmat Allah itu yang sentiasa ada bersama kita? Ya,,, antara nikmat Allah yang ada pada kita, ambil sedikit sahaja sebagai contoh, seperti degupan jantung, turun naik nafas, peredaran darah dan penglihatan mata kita.
Dengan itu:
Siapakah yang mengatur jantung kita sehingga ia berdegup setiap saat?
Siapakah yang mengatur naik turun nafas kita?
Siapakah yang mengalirkan darah kita keseluruh tubuh kita?
Siapakah yang mengatur kerdipan dan penglihatan mata kita?
Ya,,, sudah pasti semua itu Allah yang mengatur dan Allah yang mengawasi kehidupan kita. Sehinggakan semuanya berjalan dengan lancar tanpa campur tangan daripada kita.
Jikalau kesadaran ini telah tertanam, maka dengan itu mudahlah kita dapat mengingati Allah, kita akan sentiasa ingat Allah, maka itulah yang dikatakan kita mengingati Allah sama ada berdiri, duduk atau berbaring. Kuncinya adalah pada kesadaran, dan itulah yang dikatakan menginagati Allah secara rahasia.
Jelaslah,,, setiap yang ada pada kita adalah nikmat Allah, sebagai bukti bahawa Dia meliputi diri kita. Seperti Firman Allah QS Al Zariyat 51:21: Dalam diri kamu mangapa tidak kamu perhatikan.
Kesadaran inilah yang akan membawa kita lebih dekat kepada Allah, kerana kita tahu Allah sentiasa ada bersama kita dan di mana pun kita berada. Hanya mereka yang mempunyai kesadaran ini, akan merasakan kebahagiaan dan tiada kekuatiran dan ketakutan pada mereka kerana mereka sadar Allah sentiasa bersama mereka.
Tanamlah kesadaran ini dengan kukuh kerana dengan kesadaran itulah seseorang dapat mengenal Allah dengan benar dan melihatNya dengan mata hati,,, Isbatul Yakin, …. melihat Allah dengan nyata di dunia ini.
MasyaAllah
Kekasihku…
Dekatkan dirimu kepada penyaksian
Maka Aku akan dekatkan diriKu kepadamu dengan wujudKu
Jangan kau jauhkan dirimu dariKu
Sebab Akulah yang berkata, Aku lebih dekat padamu dari urat lehermu
Jangan engkau belenggu dirimu dengan nama seorang hamba
Kalau bukan kerana adaNya Rabb
Maka tidak akan pernah ada hamba
Kau nampakkan diriKu
Seperti halnya Aku nampakkan dirimu
Jikalau bukan kerana peribadahanmu
Nescaya tidak akan ternampakkan KetuhanKu
Kau menjadikan diriKu tertajallikan
Seperti halnya Aku menjadikan dirimu
Kalau bukan kerana wujudmu
Maka wujud tajalliKu tidak akan ternampakkan
CintaKu paling dekat dari segala yang terdekat
Cintaku paling tinggi dari segala yang tertinggi
CintaKu mengkehendaki dirimu untuk pengsifatan DiriKu
Aku pilih dirimu untuk diriKu
Jangan kau keluarkan dirimu untuk selain DiriKu
Jangan keluarkan Diriku dari dirimu
CintaKu umpama manis dalam buah
CintaKu umpama garam dalam makanan
CintaKu menjadikan DiriKu terasa dalam getaran indrawimu
Cintaku membuatkan DiriKu tersentuh dalam sentuhanmu
KekasihKu kau adalah muara harapanKu
Kekasihku kau adalah muara penglihatanKu
Kekasihku kau adalah muara kelembutanKu
Betapa indahnya kebersamaanKu denganmu
Betapa syahdu kemesraanKu denganmu
KekasihKu kaulah DiriKu nan sejati sepanjang masa…
Pencinta
Lembah nan Keramat
Berzikir mengingati Allah adalah suatu hubungan yang langsung antara hamba dan Allah. Berzikir tidak sama dengan menyebut nama Allah, kerana jikalau hanya menyebut, bermakna seseorang itu belum mengenal Allah. Tetapi berzikir kepada Allah adalah mengingati Allah yang sudah dikenal.
Supaya kita sampai kepada mengenal Allah kita haruslah suci zahir dan batin kerana Allah itu Maha Suci dan hanya yang suci yang mampu sampai kepadaNya.
Secara zahir untuk bersuci adalah melalui wuduk, istinjak dan mandi junub. Dan setelah berwuduklah baru sah menunaikan sembahyang. Walau bagaimanapun wuduk dan suci secara zahir haruslah terlebih dahulu mengenal Allah yang Maha Suci.
Mengenal Allah sangat penting, kerana apabila telah kenal, Allah sendirilah yang akan mensucikan kita, dengan usaha kita sendiri, kita tidak mampu untuk mencapai kesucian yang sebenar, kerana itu ahli sufi pernah berkata wujudmu itu adalah satu dosa. Wah, kalau begitu amat sukar kita mahu mensucikan diri sendiri, hanya Allah yang mampu mensucikan diri hambaNya.
Apabila kita tidak mengenal Allah maka proses penyucian yang kita lakukan itu hanya sebatas menurut pandangan kita sahaja dan belum tentu diterima Allah. Mengapa demikian? Jawapanya, kerana Allah melihat kepada hati tidak kepada zahirnya sahaja. Kesucian hati daripada syirik adalah lebih utama daripada kesucian jasad daripada kotoran dan najis.
Dengan mengenal Allah maka kesyirikan dapat dihapuskan. Mereka yang mengenal Allah akan dibimbing Allah kepada sifat-sifat ikhlas dalam beramal, sabar dalam menghadapi cobaan, tawakal dalam berikhtiar dan reda apa saja yang diputuskan Allah terhadapnya. Nah inilah yang dikatakan hati hambaNya telah mencapai kesucian.
Apabila hambaNya telah mengenal Allah maka sudah pasti ia akan ingat Allah bukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja, malah setiap saat, 24 jam sehari. Kerana bagi mereka yang telah mengenal Allah berzikir kepada Allah itu adalah mudah.
Itulah sebabnya dikatakan awal beragama itu mengenal Allah (makrifatullah). Kita seharusnya mengikut sunah Rasullulah, iaitu mengenal Allah dahulu baru beragama, tetapi nampaknya sekarang kita telah terbalik, beragama dahulu baru mahu mencari atau mengenal Allah.
Renung-renungkan…
MasyaAllah.
Masa Itu Emas
demi masa
itulah sumpahNYA
namun
manusia acapkali alpa sering lupa
leka segala dibuai mimpi tika jaga
diulit cinta nafsu duniawi
sungguh benar masa
tiada ternilai
meskipun seumpama emas pepatahnya
malah mengangkasa harganya
tidak terbayar dunia seisi
sesaat berlalu seribu batu jaraknya
tidak terkejar walau hanya sedetik
dengan jet tercanggih teknologi kini?
tiada ganti biar seminit
dengan intan berlian seluas Sahara?
maka rebutlah penuhilah
tuntutan masa dengan keimanan
serta istiqamah amal salih
menyeru kepada yang hak
berpaksikan kesabaran dan ketatasusilaan
Bagai Aur Dengan Tebing
menyusur kehidupan lumrah alam
muafakat saling bergantungan asas kemasyarakatan
tanpa kaki tangan tidak kesampaian
mengikat mata dengan pandangan
menyimpul bunyi berserta pendengaran
manusia punyai ikatan
antara sesama mahupun seangkatan
perlu memerlukan harapan dan impian
bagai aur dengan tebing
tidak terpisahkan meskipun terkorban
memang hakikat kejadian
diciptakan Hawa untuk Sang Adam
diwarnai bumi flora dan fauna
dihiasi langit bintang Kejora
mentari bersinar bulan bercahaya
silih berganti menceriakan semesta
persis aur dengan tebing
tanpa keluhan tanpa bantahan
akur mengikut bicara patuh menurut kata YANG MAHA ESA
manusia punyai pautan
syariat terlaksana aqidah dibina
jiwa naluri seia seirama
akal budi berlagu senada
umpama aur dengan tebing
tidak goyah meskipun bencana melanda
bagai aur dengan tebing
bagai aur dengan tebing
bagai aur dengan tebing………
Jika kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga
perumpamaan indah Melayu lama
sinis bicara menusuk diri
ada makna disebalik kata
penuh motivasi isi dan inspirasi
kail panjang sejengkal
ibarat ceteknya ilmu di dada
tumpulnya akal budi
umpama si anak kecil bertatih sendiri
jatuh bangun merangkak meratapi
laut nan dalam
bagaikan liku kehidupan penuh cabaran
luas terbentang sekeliling alam
sukar diharungi tanpa kesiapsiagaan
perlu akan kesabaran yang berkesinambungan
orang Melayu sinonim dengan kiasan
pencetus semangat pembina cita-cita
renunglah sejarah Panglima Awang meneroka lautan
ingatkah kepada Nakhoda Taib?
ramai lagi nama nama besar
gah seantero semesta memertabatkan bangsa
apakah kita lupa?
hidup Melayu ada susila indah bahasa murni jiwa
dalam santun punyai ketegasan
marah terselit kasih tersimpul sayang
tunduk namun menggapai awan
senyum hakikatnya tidak semudah digoyahkan
persis irama silat lembut tetapi buahnya menyakitkan
Sebab Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga
anugerah kehidupan bagaikan mutiara tidak ternilai
berliku beronak ranjau sepanjang perjalanan
jalan nan lurus berbekal sekeping hati tulus mulus
merupakan puncak segala tujuan
namun
bukannya semudah jangkaan dan igauan
harus punyai ketabahan kecekalan dan kewibawaan
tanpa rasa kecewa gundah juga putus asa
pepatah nila setitik rosak susu sebelanga
merupakan payung mahkota jiwa
adalah pemangkin melawan seteru semesta
mungkin kita alpa asal usul moyang manusia
Adam dan Hawa dilanda nista bujuk rayuan sang durjana si Iblis tua
Syurga kenikmatan direnggut serta merta melara duka di dunia nan fana
bukan kerana dosa besar menggunung
hakikat hanya sebuah pohon
hinggakan Adam tidak henti memohon ampun puluhan tahun
fikirkanlah insan
sengketa nafsu dan akal bermaharaja lela
hanya ilmu amal taqwa penawar berharga
nila setitik rosak susu sebelanga
mendidik agar sentiasa berwaspada akan bisikan tipudaya
yang sering menerjah di cuping telinga
tersilap langkah binasa segala
harapan punah mendorong ke neraka
kalam berakhir tanpa kata kata
maka sedarlah setiap perjuangan perlu kesinambungan
berterusan menadah berdoa kepada YANG KUASA
semoga sesaat tiada lupa
Sunday, July 21, 2013
Ramadhan
susah benar mengejar
payah jerih belajar
tidak terkejar
untuk mengajar
sering kali kurang ajar
akal tidak sejajar
hati jadi pijar
Syahadah
tidak tercapai kaedah
ternyata terdedah
hanya sekelumit faedah
jadi endah tak endah
Solat
tumpuan jiwa sebulat
masih kelat
pelbagai ralat
hati terkulat kulat
entah bila entah tulat
Zakat
apa yang tersekat
kenapa terikat
mesti ada muafakat
meraih berkat
Baitullah
dari MU Allah
dengan MU Allah
kerana MU Allah
atas Mu Allah
kehendak MU Allah
daya Mu Allah
upaya MU Allah
di mana a k u
ke mana a k u
ternyata a k u t i a d a
kosong
p a s r a h terserah berserah menyerah
Wednesday, May 1, 2013
Daripada BLog TOK KENALI renungkanlah buat tatapan semua yang bergelar muslim agar kita sentiasa redha, pasrah, ikhlas dan syukur kerana punyai ALLAH.
Serba Sedikit Tentang Percaya Kepada Rukun Iman.
Apakah maksud percaya kepada Allah.
Percaya kepada Allah itu, biarlah sampai kepada tahap tidak dikeranakan dengan suatu kerna. Tidak disebabkan dengan suatu sebab dan tidak disabitkan dengan suatu sabit!.
Percaya kepada Allah itu, hendaklah tidak dengan beralasan. Kerana Allah itu, adalah Allah. Yang nyata Allah, yang ghaib Allah, yang zahir Allah, yang batin Allah, yang awal Allah dan yang akhirpun Allah. Segala-galanya Allah, kenapa masih tak terlihat Allah……….
Tidak ada ruang untuk wujud (ada), ujud (menjadikan) dan mujud (dijadikan) sifat makhuk. Tidak ada ruang diantara awal dan akhir itu, ditengah-tengahnya adanya kita!.
Percayalah bahawasanya Allah itu, terang yang wajahNya lebih terang dari cahaya matahari. Dekat mata putih dengan mata hitam, lebih dekat lagi Allah. Nyatanya ibu bapa kita, sesungguhnya Allah itu lebih nyata dari kedua ibu bapa kita. Kenapa tak terlihat?.
Mengenal, melihat, memandang atau menatap wajah Allah itu, hendaklah denngan nyata- senyata nyatanya!. Tanpa terselindung oleh sesuatu. Allah bukan sesuatu tetapi zahir pada tiap sesuatu!.
Allah tidak ada hijab, tidak ada dinding dan tidak ada tabir, yang boleh menghalang kita dari menilik, menatap, memandang atau melihatNya!. Sebab yang menjadi terhijabnya kita dari tertilik Allah itu, adalah kerana kita masih mengadakan “sifat keakuan”.
Percaya kepada Allah itu, hendaklah sampai sehingga kepada tahap tidak ada dalil. Kerana segala-galanya itu, adalah wujudnya Allah. La maujud Bilhaqqki Illalah.
Apakah maksud atau beriman kepada Al-Quraan.
Maksud beriman kepada Al-Quraan itu, adalah hendaklah kita mendahului Allah berbanding diri kita. Quraan itu adalah kalam Allah. Kalam Alla itu, adalah perkataan Allah. Bermaknanya disini, hendaklah kita mendahului kata-kata atau ketetapan Allah, berbanding kata kita atau ketetapan akal kita!. Bilamana kita beriman kepada Al-Quraan, bermakna kita dikehendaki mendahului ketetapan Allah, berbanding ketetapan ketetapan yang kita tetapkan!.
Apa yang terjadi atas kita itu, hendaklah kita tahu yang bahawasanya ketetapan kata Allah itu, telah mendahului kejadian apa yang berlaku. Sebelum kita rugi dalam perniagaan, sebelum kita putus kasih, sebelum bercerai atau sebelum kita mati itu, sesungguhnya Allah sudah merugikan kita sebelum kita rugi. Sebelum kita putus tunang, putus kasih atau bercerai itu, sesungguhnya kita telah diputus atau telah diceraikan oleh Allah mendahului putus atau bercerainya kita. Sebelum kita lahir atau sebelum kita mati, ketetapan Allah itu, telah mendahului kita. Sebenarnya sebelum kita lahir, Allah dan lahirkan kita dalam ilmuNya.
Sebelum kita mati, sesungguhnya ita itu telah dimatikan Allah, dalam ilmuNya. Sebelum kita masuk syurga atau neraga itu, sesungguhnya Allah sudah terlebih dahulu memasukkan kita kedalam neraka atau syurga!.
Kata-kata Allah itu, sesungguhnya telah medahulu kata-kata, niat atau kehendak kita!. Maka redha dan ikhlaslah dalam menerima segala cubaan atau musyibah yang berlaku. Beriman kepada Al-Quraan itu, adalah mendahulu kata-kata Allah berbanding kata-kata kita!. Mendahului ketetapan Allah sebelumnya, berbanding apa yang berlaku.
Mana sebenar-benar Al-Quraan?.
Yang kita sebut itu suara atau bunyi suara yang keluarnya dari bibir mulut. Yang kita baca itu, adalah berupa suratan atau berupa tulisan (dari dakwat) yang tertulis diatas yang berupa kertas.
Sedangkan Al-Quraan itu, adalah kalam Allah, bahasa Allah, kata-kata Allah, ucapan Allah dan suara Allah. Yang tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjirim da tidak berjisim.
Adapun yang kita baca itu, adalah berupa kertas yang bertulilsan dengan dakwat. Dibakar hangus, direndam basah, ditanam dalam, digantung tinggi dan ditembak tembus. Sedangkan kata-kata Allah itu adalah berupa bahasa percakapan allah yang tidak samadengan suara bibir mulut kita?.
Jika Quraan itu, bukan seperti suara bibir, bukan seperti tulisan atas kertas, dimanakah kata-kata Allah yang bernama Quraan?.
Yang kita sebut itu, suara yang keluarnya dari anggota bibir, adapun kata-kata Allah itu, tidak sebagaimana suara bibir!. Yang kita baca itu, adalah kertas, sedangkan kata-kata Allah itu, tidak seperti kertas!. Manakah yang dikatakan sebenar-benar Al-Quraan (sebenar-benar kata-kata Allah). Atau dalam bahasa mudah, Al-Quraan itu, adalah percakapan Alah. Adapun percakapan Allah itu, bukan sebagai petuturan bibir mulut. dimana Al-Quraan.
Al-Quraan atau kata-kata Allah itu, adalah “KUN” . dari perkataan kun itulah, makanya terjadinya sekalian Alam.
Oleh itu, sekalian Alam inilah “KUN” Allah, kata-kata Allah atau Al-Quraan.
Apakah maksud beriman kepada Rasul.
Rasul itu ertinya pesuruh manakala pesuruh itu pula, adalah orang yang kena suruh. Adapun maksud beriman kepada Rasul itu, adalah mendahului kena suruh daripada yang menyuruh.
Maknanya disini bahawa sebelum kita melakukan sesuatu, sebenarnya kita telah melakukan sesuatu mengikut kehendak yang menyuruh, yang menyuruh itu, seungguhnya telah mendahului sebelum segala sesuatu sampai kepada yang kena suruh!.
Kita kena percaya dan penuh yakin bahawa sebelum segalanya sesuatu itu berlaku atau terjadi, sesungguhnya perlakuan dan kejadian itu, sesungguhnya telah pun berlaku dan telahpun siap terjadi sebelumnya!.
Setelah kita yakin dan penuh percaya kepada rasul (beriman kepada Rasul), maka hendaklah kita taat, patuh dan mengikut serta mematuhi apa sahaja yang telah dahulu ditetapkan sebelumnya. Ingatlah bahawsanya kita ini, orang yang kena suruh (pesuruh), kita ini kuli dan kita ini hanyalah hamba sahaya yang fakir, yang hanya menurut sahaja apa perintah atau kehendak yang telah ditetapkan!.
Jika diberi sakit, maka sakitlah kita, jjika diberi miskin, maka miskinlah kita, jika diberi musyibah, maka azablah kita dan jika diberi mati,maka matilah kita. selaku yang kena suruh, hendaklah kita patuh kepada apa yang ditetapkan atas kita.
Bilamana kita percaya kepada pesuruh (yang kena suruh), kita tidak boleh lagi mengeluh atau merungut dari apa yang telah ditetap dan yang telah ditakdirkan oleh Allah atas kita!.
Apakah maksud percaya kepada Malaikat
Untuk mengenal malaikat, hendaklah terlebih dahulu kita tahu akan tugas-tugasnya. Setelah kita kenal dan tahu akan tugasnya, barulah kita boleh kenal dan tahu siapa itu Malikat sebenarnya. Seumpama tugas bagi pasukan bomba. Pasukan bomba adalah dengan tugas-tugas pemadam api. Pasukan polis pula menangkap pencuri dan pasukan ambulan pula menyelamat orang sakit dan sebagainya. Dengan mengenal tugas, maka kita akan kenal tuannya.
Begitu juga Malaikat. Bilamana kita kenal tugas malaikat, maka sudah tentu kita akan kenal siapa tuannya.
Tugas Malaikat Jibrail itu, adalah menurunkan wahyu. Malaikat Jibrail itu, jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah merupakan “akal, fikiran atau otak”. Yang tugas menanggug pemikiran atau menerima tugasan memikir sebagaimana tugas Jibrail yang menurun wahyu. Jibrail itu, jika dikiaskan peda diri kita adalah “akal”!.
Malaikat Izrafil itu, tugasnya meniup serunai sanggkala. Serunai Malaikat Izrafil itu, jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah berupa (serunai), anggota “mulut” yang mengeluar suara dari kedua bibir mulut.
Malaikat Mikail pula tugasnya menurunkan hujan. Malaikat Mikail, jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah berupa (hujan) “mata” yang menurunkan air mata.
Manakala Malaikat Izrail pula, tugasnya adalah menaik nyawa. Malaikat Izrail, jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah berupa (naik turun nafas) “hidung” yang menurun dan menaikkan nafas.
Dari itu, kenallah kita akan siapa itu kiasan kepada para Malaikat!. Segalanya ada tafsiannya pada diri kita!.
Apakah maksud percaya kepada kahda dan kadar
Percaya kepada khada dan kadar itu, adalah percaya kepada untung baik dan untung buruk. Segalanyanya baik dan buruk itu, sesungguhnya adalah datangnya dari Allah Taala.
Bilamana sesuatu itu datangnya daripada Allah Taala, maka segalanya itu akan kelihatan baik dan akan jadi segala-galanya cantik!.
Jika kereta kita kena langgar, kehilangan wang, kehilangan nyawa anak isteri sekalipun, kita kena percaya bahawa tiada suatu gerak sekalipun sebesar zarah, melainkan datangnya gerak itu biar sebesar zarah sekalipun, itu sesunggunya adalah datangnya dari kehendak dan keizinan Allah Taala.
Terimalah samaada baik atau buruk, kerana baik dan buruk itu, sesunguhnya adalah datangnya dari anuggerah dan kurniaan Allah. Bilamana datangnya dari kurniaan atau anugerah Allah, sealanya akan menjadi nikmat.
Drp hj shaari tanggal 1 hb mei. jam 3.20 pagi bersamaan hari rabu. Amin
Subscribe to:
Comments (Atom)

