Tuesday, May 19, 2009
Cahaya Atas cahaya
Demi masa yang hanya Allah sahaja berilmu tanpa sebarang sekutu sehingga benarlah firman Allah dalam hadis qudsi melalui junjungan mulia Rasulullah Sallallahualaihiwassallam "Akulah Zaman" . Maka sewajarlah manusia terutamanya kita yang Islam ini sedar hakikat masa yang tidak dapat tidak kita terus mensia-siakannya tanpa kita menghitung detik yang saban saat nafas anugerah Allah dihirup oleh organ ciptaan Dia Yang Maha Pelaksana dan Maha Bijaksana.
Demi masa yang Allah telah berfirman menciptakan dunia dalam 6 masa seperti marfhum Kitab Al-Quran. Manusia tidak akan dapat menghargai masa meskipun dia bekerja siang dan malam atau bertafakkur setiap saat kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal salih dan berpesan - pesan dengan kebenaran dan dengan kesabaran.
Masa yang disediakan oleh Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang untuk semua manusia akan menjadi fatamorgana sekiranya manusia tidak beriman. Namun seandainya beriman tidak melaksanakan tuntutan suruhan dan larangan dianggap alpa. Meskipun sudah beriman dan istiqamah beramal tidak cukup untuk melengkapi keperluan masa tanpa menyampaikan kebenaran hakikat suruhan dan larangan. "Tabligh" salah satu daripada sifat wajib bagi Rasul menyampaikan yang hak menjadi tuntutan bagi setiap umatnya. Oleh yang demikian empat perkara di atas yang difirmankan oleh Allah dalam hanya satu Surah Al-Ashr wajib menjadi intipati kehidupan manusia di dunia ini.
Manusia masih lagi rugi jika tidak melaksanakan keempat-empat tuntutan Allah dalam setiap ketika terutamanya kesabaran. Sabar dalam beriman. Sabar dalam beramal. Sabar dalam menyampai kebenaran.
Masa merupakan cahaya kehidupan manusia. Memenuhi masa dengan empat perkara di atas bermaksud kehidupan manusia dilitupi cahaya. Sumber cahaya sebenar hanya Allah bagiNya Cahaya atas cahaya.
Tuesday, May 12, 2009
NUR IMAN
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah
Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di mas jid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.
Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun se mas a azan berkumandang . Sebagai orang beragama
Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita se mas a ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
se mas a nyawa kitasedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
se mas a sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin.."
Monday, March 23, 2009
TIADA DAYA DAN UPAYA
Kita mungkin alpa dan tidak sedar dalam meneruskan perjalanan singkat singgah sebentar di bumi yang akan fana entah bila detiknya betapa usia ini dihabiskan untuk perkara-perkara yang tidak memberi menafaat kepada kehidupan abadi di akhirat nanti. Leka kita dibuai kesenangan anak isteri/suami hartabenda yang mungkin kita akui tetapi masih jauh hubungan kita dengan MAHA PENCIPTA. Namun DIA MAHA MENGASIHANI dalam kesibukan duniawi kita tidak langsung ingat kepadaNYA DIA sentiasa MENJAGA dan MEMERHATI kita. Sungguh MAHA PEMURAH Rabb kepada makhluk ciptaanNYA.
Sedih dan pilu seandainya kita membiarkan diri kita berlari jauh dari pandangan RABB. Marah dan parah sekiranya seluruh kehidupan kita hanya mengejar dunia yang akan punah dan musnah dalam ketentuan DIA.
Apalah salah satu saat kita memikirkan ketakterhinggaan rezeki yang dicurahkan oleh ALLAH yang tiada apa yang boleh kita balas meskipun SOLAT kita seribu kali sehari semalam, PUASA kita sepanjang tahun, SEDEKAH kita seisi dunia. Tidak terbayar segala yang kita miliki baik kedua biji bebola mata atau hanya setitik darah yang mengalir dalam tubuh kita. Fikirlah wahai manusia, kita didatangkan ke dunia dengan matlamat beribadah kepada DIA yang TIADA DIA SELAIN DIA, DIA ALLAH YANG MAHA ESA, DIA TANPA SEBARANG SEKUTU, SEMUA MAKHLUK BERKEHENDAK KEPADA NYA, TIADA SEUMPAMA SEUMPAMA DIA!
Oleh yang demikian kita tidak ada daya dan upaya di dunia ini meskipun kita diletakkan sebagai SULTAN, MAHARAJA, PERDANA MENTERI, PRESIDEN, KETUA KAMPUNG, PENGARAH atau seluruh isi dunia milik kita, kita akan mencari RABB bila kita meraung kesakitan akibat penyakit kronik, kita akan menemui YANG MAHA KAYA sekiranya kita ditimpa kepapaan dan kita akan berlutut kepada YANG MAHA BERKUASA bila tiba masa kita ditindas.
DAYA dan UPAYA hanya MILIK RABB YANG MAHA AGONG. Detik yang tiba ini jangan dipanjangkan lagi bermulalah menuju kepada NYA.
Pilihan milik kita jangan nanti dipersoalkan diakhirat nanti yang tidak ada mahkamah seadil MAHKAMAH AGONG di padang MAHSYAR yang tidak ada makhluk yang dapat terlepas dari melaluinya.
Friday, November 21, 2008
RABB
Adalah sewajarnya kita bersyukur di atas kurniaan Illahi yang ketidak terhinggaan sejak dari dalam rahim ibu kita hinggalah ke saat ini. Dihiasi diri kita dengan pelbagai pancaindera untuk merealisasikan segala kemahuan dan kehendak diri zahir dan batin. Dicurahkan ilmu kehidupan dengan perantaraan RasulNya yang mulia Muhammad S.A.W dengan pusaka yang paling tidak terucap nilainya Al-Quran agar ketenangan dan kesenangan milik kita sepenuhnya.
Namun apa yang masih dikhuatiri kehidupan kita tidak selaras dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah. Kita masih ambil sedikit sahaja dari apa yang difirmankanNya dan mengamalkan mengikut hawa nafsu sendiri. Memang kita tidak mampu melaksanakan 100% perintah tetapi amat penting bagi kita berniat mendalami ilmu semoga sedikit sebanyak dapat menghidupkan hati sanubari ke arah mentauhidkan ALLAH Yang Maha Tunggal, Tidak Beranak, Tidak Diperanakkan, Yang Tidak Ada Sesuatu MenyerupaiNya.
Ikhlaskan diri kita menyembah hanya kepada DIA yang menjadikan alam ini dalam ilmuNya yang tiada awal dan tiada akhir. Justru tujuan kita diciptakan hanyalah beribadah (ubudiah) menyembah dengan sebenar-benar yakin, tulus dan quddus suci kepada DIA. Tiada yang seumpama seumpama denganNYA memberi maksud tidak ada sesuatu ciptaanNya, tidak ada sesuatu yang dilihat, didengar, terdetik di hati, tercapai di akal dapat menjadi misal perbandingan dengan ALLAH Yang Maha Suci.
DIA yang Maha Mendengar tanpa perlu kepada makhluk, tanpa perantaraan ruang dan waktu. DIA yang Maha Melihat tanpa perantaraan cahaya dan warna. DIA yang Maha Mengetahui tanpa sistem radar dan komunikasi hatta semut hitam yang merayap di atas batu yang amat hitam di malam gelap gulita.
Kita yang lemah terjadi dari setitis air yang hina dijadikanNYA dengan sempurna wajib mengakui kekerdilan dan kerendahan diri sebelum kita dimatikanNYA. Wajib bagi kita mentauhidkan aqidah tidak kepada selainNYA. Hinalah bagi yang menjadi hamba wang, hamba anak, hamba material, hamba dunia dan seisinya bila mana sekiranya nilai dunia dan seisinya sama dengan sebelah sayap nyamuk tidak akan diberi oleh ALLAH setitis air sejuk kepada orang kafir. Maka rebutlah peluang yang ada, waktu yang belum tentu masih berbaki untuk kita mengingatiNYA sentiasa setiap detik.
Sempurnakan akhlak kita dengan menunaikan hak-hak diri, hak isteri, hak anak-anak, hak ibubapa, hak jiran, hak masyarakat, hak tanah air sebelum kita dipersoalkan kemudian di alam yang abadi akhirat. Melihat ALLAH menjadi puncak kejayaan kita sebagai mukmin yang sejati dan dunia yang kita hayati hari ini menjadi jambatan dan ujian sementara buat memenuhi matlamat asal manusia dilahirkan.
Thursday, November 13, 2008
TIPUDAYA
tipudaya iblis membawa bencana
tipudaya jin terpesona
namun semuanya fana
bagai fatamorgana
apalah ada pada tipudaya
tiada daya tiada upaya melainkan daya upaya ALLAH Maha Pencipta
tiada tipudaya melainkan tipudaya ALLAH Maha Bijaksana
di sebalik tipudaya
manusia berpura-pura
jin bermaharaja lela
iblis durjana
janji ALLAH Maha Benar
firman ALLAH Maha Pelaksana
azab ALLAH Maha Perkasa
sekiranya tiada diciptakan tipudaya
seandainya tiada bisikan tipudaya
kosonglah alam semesta
kusamlah permata
lompanglah benua
tanpa senyum tawa
tanpa tangis sedan
tanpa wajah ceria
tanpa halwa telinga
tanpa lazat rasa
kecewa sengsara lara duka nestapa
Maha Kasih ALLAH pada manusia
Maha Sayang ALLAH pada segala
Maha Cinta ALLAH pada hambaNYA
sujudlah ruku'lah qiamlah
untukNYA bagi DIA kepada ALLAH Maha Tidak Terjangkau
Wednesday, November 12, 2008
TIADA DAYA
tiada daya anak kecil untuk menangis tanpa Allah
tiada daya darah untuk mengalir tanpa Allah
Allah Al Haq
Allahu Rabb
Allahu Karim
Allah Al 'Alim
tiada upaya diri untuk berdiri tanpa DIA
tiada upaya bumi untuk beredar tanpa DIA
tiada upaya atom untuk bergetar tanpa DIA
DIA segalanya
DIA meliputi semua seisi semesta
DIA yang nyata dalam sembunyi
tiada ruang menempati tanpaNYA
tiada detik berlalu tanpaNYA
tiada jirim berjisim tanpaNYA
DIA yang disebut sentiasa tanpa perlu penyebut
DIA yang disyukur adalah sebaik-baik AS-Syakur
DIA yang dicinta segala adalah Pemilik cinta dan pencinta
tanpaNYA tiada wujud
tanpaNYA tiada ruku' dan sujud
tanpaNYA tiada juzuk
dengan DIA berbicara manusia
dengan DIA berkicau unggas
dengan DIA berkilau mutiara
dengan DIA bersinar cahaya
Ya Rabb ampuni segala dosa hamba-hambaMU
Ya Rabb rahmatMU meliputi semesta
Ya Rabb hamba-hambaMU tidak akan mampu
Ya Rabb hamba-hambaMU kelu
Ya Rabb hamba-hambaMU dungu
Ya Rabb hamba-hambaMU sedu
Mohon kepadaMU Ya ALLAH jalan keluar yang sebaiknya untuk hamba-hambaMU
menuju kepadaMU
mengabdi untukMU
mendekatiMU
menatapMU
bersamaMU
Amiinnn Ya Rabbal 'Alamiinn!
Tuesday, November 11, 2008
AKHLAK TERBILANG RASUL ALLAH MUHAMMAD SAW
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?
Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah itu?, tanya Abu Bakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil mengherdik, Siapakah kamu?
Abu Bakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.
Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
Justeru, wahai saudaraku, bisakah kita mentauladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya berniat untuk mentauladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.
Kalaupun tidak dapat kita mentauladani beliau seratus peratus, alangkah baiknya kita berusaha mentauladani sedikit demi sedikit, kita mulakan dari apa yang kita sanggup melakukannya.
Sedeqah Jariah salah satu darinya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah.. ..macam meter teksi...berjalan terus.
Sedeqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2. Sumbangkan kursi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
4. Bantu pendidikan seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.
6. Bagi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10. Sebarkan tulisan ini. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal di atas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Aminnnnnn...

