Showing posts with label Tafakkur. Show all posts
Showing posts with label Tafakkur. Show all posts

Friday, June 4, 2010

Sunyi

Tanpa suara tiada nada
Tanpa bicara tiada kata
Siapa kita?
Ke mana kita?

Sunyi kian menjengah
hitam pekat kelam
atas segala kegelapan
yang mencengkam jiwa

Sepi tanpa usik senda
di dada ratapan hiba
yang pergi terus juga pergi
tiada kembali

Limpah Mu Illahi
Kurniaan Mu Rabbi
Ungkapan Mu hamba nanti
namun masih terasa sepi

Entah bila akan hamba temui
impikan nur
angankan ria bicara rasa

Ampuni hambaMu ini
yang menyepi
mengharap rahmatMu nan abadi

Thursday, October 8, 2009

Tuhanku

Izinkan hambaMu ini bertafakkur
Jadikan hambaMu ini muridMu
HambaMu terus mencari
Namun semakin hari terasa hampa
Mungkin kerana dosa hambaMu yang lalu
Atau belum masanya kurniaanMu
Tetapi hamba tetap pasrah
Kembali dan berserah
Air wudhu' membasahi wajah hambaMu
AnugerahMu jua nur kasih sayang Mu

Pinta dan mohon hambaMu
Dari Mu Kepada Mu
Untuk Mu Kerana Mu
Atas Mu segalanya
Dengan Mu kehendak Mu
Jauhkan hambaMu dari selain Mu

Manisnya Iman anugerah Mu
Hati hamba Mu masih terbelenggu
Jiwa hamba Mu sering bercelaru
Kalam Mu penyejuk kalbu
Nur Mu penenang sendu

KasihMu hamba di sini
di sisiMu hamba kembali
untuk selama-lamanya
abadi ......