Izinkan hambaMu ini bertafakkur
Jadikan hambaMu ini muridMu
HambaMu terus mencari
Namun semakin hari terasa hampa
Mungkin kerana dosa hambaMu yang lalu
Atau belum masanya kurniaanMu
Tetapi hamba tetap pasrah
Kembali dan berserah
Air wudhu' membasahi wajah hambaMu
AnugerahMu jua nur kasih sayang Mu
Pinta dan mohon hambaMu
Dari Mu Kepada Mu
Untuk Mu Kerana Mu
Atas Mu segalanya
Dengan Mu kehendak Mu
Jauhkan hambaMu dari selain Mu
Manisnya Iman anugerah Mu
Hati hamba Mu masih terbelenggu
Jiwa hamba Mu sering bercelaru
Kalam Mu penyejuk kalbu
Nur Mu penenang sendu
KasihMu hamba di sini
di sisiMu hamba kembali
untuk selama-lamanya
abadi ......
Thursday, October 8, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)

