Sememangnya hidup ini kurniaan ILLAHI RABB yang MAHA SUCI daripada segala makhluk. Alam manusia dan jin hanya wujud dengan rahmat dan kemurahan DIA. Tiada DIA yang seumpama dalam takrifan akal dan pengetahuan cetek sang makhluk. Terlalu kerdil manusia namun atas anugerahNYA kita mampu menggunakan akal yang ada dalam melaksanakan tanggungjawab yang teramat besar mengimarahkan dan memakmurkan bumi yang diamanahkan sejak azali lagi.
Kita mungkin alpa dan tidak sedar dalam meneruskan perjalanan singkat singgah sebentar di bumi yang akan fana entah bila detiknya betapa usia ini dihabiskan untuk perkara-perkara yang tidak memberi menafaat kepada kehidupan abadi di akhirat nanti. Leka kita dibuai kesenangan anak isteri/suami hartabenda yang mungkin kita akui tetapi masih jauh hubungan kita dengan MAHA PENCIPTA. Namun DIA MAHA MENGASIHANI dalam kesibukan duniawi kita tidak langsung ingat kepadaNYA DIA sentiasa MENJAGA dan MEMERHATI kita. Sungguh MAHA PEMURAH Rabb kepada makhluk ciptaanNYA.
Sedih dan pilu seandainya kita membiarkan diri kita berlari jauh dari pandangan RABB. Marah dan parah sekiranya seluruh kehidupan kita hanya mengejar dunia yang akan punah dan musnah dalam ketentuan DIA.
Apalah salah satu saat kita memikirkan ketakterhinggaan rezeki yang dicurahkan oleh ALLAH yang tiada apa yang boleh kita balas meskipun SOLAT kita seribu kali sehari semalam, PUASA kita sepanjang tahun, SEDEKAH kita seisi dunia. Tidak terbayar segala yang kita miliki baik kedua biji bebola mata atau hanya setitik darah yang mengalir dalam tubuh kita. Fikirlah wahai manusia, kita didatangkan ke dunia dengan matlamat beribadah kepada DIA yang TIADA DIA SELAIN DIA, DIA ALLAH YANG MAHA ESA, DIA TANPA SEBARANG SEKUTU, SEMUA MAKHLUK BERKEHENDAK KEPADA NYA, TIADA SEUMPAMA SEUMPAMA DIA!
Oleh yang demikian kita tidak ada daya dan upaya di dunia ini meskipun kita diletakkan sebagai SULTAN, MAHARAJA, PERDANA MENTERI, PRESIDEN, KETUA KAMPUNG, PENGARAH atau seluruh isi dunia milik kita, kita akan mencari RABB bila kita meraung kesakitan akibat penyakit kronik, kita akan menemui YANG MAHA KAYA sekiranya kita ditimpa kepapaan dan kita akan berlutut kepada YANG MAHA BERKUASA bila tiba masa kita ditindas.
DAYA dan UPAYA hanya MILIK RABB YANG MAHA AGONG. Detik yang tiba ini jangan dipanjangkan lagi bermulalah menuju kepada NYA.
Pilihan milik kita jangan nanti dipersoalkan diakhirat nanti yang tidak ada mahkamah seadil MAHKAMAH AGONG di padang MAHSYAR yang tidak ada makhluk yang dapat terlepas dari melaluinya.
Monday, March 23, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)

