Sunday, June 22, 2008

FIKIRKANLAH......

Fikirkanlah kepada Pemberi
yang tidak pernah lokek memberi
tidak jemu menghulur

Fikirkanlah kepada Pemberi
memberi kepada semua peminta
memberi kepada yang tidak meminta

Fikirkanlah kepada Pemberi
yang tidak pernah susut khazanahNya
walaupun tidak terhitung pemberianNya

Fikirkanlah kepada Pemberi
memberi kepada yang fakir
menghulur kepada yang dhaif
menambah kepada yang kaya

Fikirkanlah kepada Pemberi
yang memberikan segalanya
seisi alam semesta
setinggi angkasa raya
sedalam jurang tidak terhingga
yang zahir dan yang batin
yang halus dan yang mega
yang tersirat dan yang tersurat

Fikirkanlah kepada Pemberi
yang menganugerahkan nyawa untuk hidup
yang menyamankan udara sekitaran
yang menyegarkan air minuman
yang menyuburkan tanah dan tanaman
yang menciptakan cahaya penglihatan
yang meniupkan api semangat

Fikirkanlah kepada Pemberi
yang memberikan apa-apa dan apa-apa yang
tidak terhitung oleh pancaindera
tidak terbatas oleh akal
tidak terdengar oleh telinga
tidak ternyata oleh mata
tidak terucap oleh kata
tidak terasa oleh lidah
tidak terdetik oleh hati
tidak terpancar oleh sanubari
tidak terlintas oleh rohani

Fikirkanlah kepada Pemberi
yang Maha Pemberi
Pemberi yang tidak pernah diberi
.... tetapi bertitian memberi
.... sampai kini .... akhir nanti
.... tanpa henti

Fikirkanlah kepada Pemberi
wahai manusia!!!

Wednesday, June 18, 2008

KUCING

Pasti ramai diantara kita sukakan kucing dan ada juga yang takut atau geli dengan haiwan jinak ini. tetapi tahukan anda terdapat beberapa perkara yang menarik tentang kucing

1. Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.

2. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat Nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana Nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

3. Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu.

Menarik bukan disebabkan kucing ada orang dimasukan ke dalam neraka, sebab kucing juga Nabi menggelarkan Abdul Rahman bin Sakhr sebagai Abu Hurairah (bapa kucing) dan disebabkan kucing juga kajian menunjukan boleh mengurangkan darah tinggi dan stress .

Asal Usul Solat

ASAL USUL SOLAT
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.
Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama
:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua
:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya.
Rakaat ketiga
:-
Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat
:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama
:-
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua
:-
Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga
:-
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat
:-
Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama
:-
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua
:-
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga
:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah S.W.T jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa a.s telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah S.W.T lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s. empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama
:-
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua
:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga
:-
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat
:-
Dukacita terhadap anak Firaun.


Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat

Semoga dengan memahami bacaan

Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar

(
Takbiratulihram)

Doa Iftitah

Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai Hari Pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau..
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Monday, June 16, 2008

Malaysian Institute of Marine Engineering Technology

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) is a private university wholly owned by Majlis Amanah Rakyat
(MARA), a government agency under the Ministry of Entrepreneur and Co-operative Development ( MECD) of Malaysia. UniKL MIMET is located in Lumut in the state of PERAK, one of the states in Malaysia offering programme related to Naval Architect and Marine engineering. With its tremendous development in meeting the mission to produce enterprising global technopreuners, by the year 2020 it is estimated 10000 technopreneurs will be produced. Currently Universiti Kuala Lumpur has students from 31 countries from all over the world. The programmes ranging from diploma up to post graduate study. UniKL MIMET being pioneer in ship design and ship construction programme now embarking in building 4 units of Fishing Trawler 26 metre long. Fully equipped with slip way and quay side facility , UniKL MIMET is expected to go farther in developing its entity to be the premier entrepreneurial technical university in the region.
Any enquiry do visit our website http://www.unikl.edu.my

Wednesday, June 11, 2008

Petai Power

ADVICE FROM UKM MEDICAL DOCTOR

Little did you know ...... after reading THIS, you'll NEVER look at petai in the same way again!

Petai
contains three natural sugars -sucrose, fructose and glucose. Combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.


Depression:

According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.



PMS(premenstrual syndrome):

Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.



Anaemia:

High in iron, petai can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anaemia.



Blood Pressure:

This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.



Brain Power :

200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.



Constipation:

High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.



Hangovers:

One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.



Heartburn:

Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief.



Morning Sickness
:
Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.



Mosquito bites
:
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.



Nerves:

Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.



Overweight:

Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.



Ulcers:

Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.



Temperature control
:
Many other cultures see petai as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In hoiland, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature.



Seasonal Affective Disorder (SAD) :

Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.



Smoking:

Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.



Stress:

Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.



Strokes:

According to research in "The New England Journal of Medicine, " eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%".



Warts:

Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape!

So, as you can see, petai really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "A Petai a day keeps the doctor away".

Tangisan buat Renungan

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.


Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada dituntut.

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakinlah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis diwaktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahinya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.

Rahsia Solat

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak
( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajjud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar." Moga Ada Manfaat kepada Kita Semua.

Cautious on your heart

Serangan Jantung dan Minum Air Suam
Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung .... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser.
Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

For the Wife

Pernikahan atau perkahwinan
membuka tabir rahsia

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nahkoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar obatnya
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkawinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah... amin...

Poem for Husband

Pernikahan atau perkawinan
menyingkap tabir rahasia

Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah

Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita cita
menjadi solehah...

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan
menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh... amin...

AlMighty

Everything You Possess is a Favor From Allah
In the world in which we live, Allah bestows many favours on human. All the needs of each living being are benevolently met; no detail is forgotten.
Let's think about ourselves as examples. From the moment we wake in the morning, we need many things and encounter many situations. In brief, we survive due to the many favours bestowed upon us.
We can breathe as soon as we wake up. We never experience difficulty in doing this, thanks to our respiratory systems functioning perfectly.
We can see as soon as we open our eyes. The sharp and distant images, all three-dimensional and fully coloured, are perceived by our eyes, and indeed owe their existence to the unique design of eyes.
We taste delicious flavours. The relative proportions of the vitamin, mineral, carbohydrate or protein content of the food we eat, or how the excess of these nutrients are stored or utilised in the body never concern us. Moreover, we are mostly never aware that such complicated operations take place in our body.
When we hold some material in our hands, we immediately know if it is soft or hard. What is more, we need no mental effort to do this. Numerous similar minute operations take place in our body. The organs, responsible for these operations, have complicated mechanisms. The human body functions almost like a factory of enormous complexity and ingenuity. This body is one of the major favours given to human since human leads his/her existence on earth with it.
At this point, a question remains to be answered: how are the raw materials necessary to operate this factory supplied? To put it another way, how do water, air, and all the other nutrients essential for life come into existence?

Let's think about fruits and vegetables. Melons, watermelons, cherries, oranges, tomatoes, peppers, pineapples, mulberries, grapes, eggplants… all grow in soil from seeds, and the seed has a structure sometimes as hard as wood. However, while considering these, we should avoid habitual ways of thinking and employ different methods. Visualise the delicious tastes and odours of strawberries or the ever-changing odour of melon.
Think about the time and energy spent in laboratories to produce similar odours and about the repeated trials that resulted in failure. Indeed, results obtained by scientists in laboratories prove to be no better than the unsuccessful imitations of their natural counterparts. The varieties of taste, odour and colour in nature bear indeed matchless attributes.
That all vegetables and fruits have distinct tastes and odours and carry individual colours is the result of the design particular to them. They are all favours Allah bestows upon human.
Similarly, animals, too, are created specially for human beings. Apart from serving as food, human finds their physical appearances appealing. Fish, corals, star-fishes decorating the depths of oceans with all their beautiful colours, all kinds of birds adding charm to their habitat or cats, dogs, dolphins and penguins… they are all favours from Allah. Allah stresses this fact in many verses:
And He has made everything in the heavens and everything on the earth subservient to you. It is all from Him. There are certainly signs in that for people who reflect. (Surat al-Jathiyah: 13)
If you tried to number Allah's blessings, you could never count them. Allah is Ever-Forgiving, Most Merciful. (Surat an-Nahl: 18)

He has given you everything you have asked Him for. If you tried to number Allah's blessings, you could never count them. Man is indeed wrongdoing, ungrateful. (Surah Ibrahim: 34)

The living beings mentioned above are only a tiny part of the favours and beauties Allah bestows. Wherever we turn, we come across creations reflecting the attributes of Allah. Allah is ar-Razzaq (the Ceaseless Provider), al-Latif (the Subtle One, He who creates things most subtly), al-Karim (the Generous One), al-Barr (the source of all goodness).
Now, take a look around you and think. And never plead ignorance of the fact that everything you possess is a favour to you from your Creator:
Any blessing you have is from Allah. Then when harm touches you, it is to Him you cry for help. (Surat an-Nahl: 53)

Tuesday, June 10, 2008

Pencipta

Maha Agong
Pencipta yang Tidak Dicipta
Pemberi yang sentiasa memberi
Pemberi kepada yang meminta
Pemberi kepada yang suka
Pemberi kepada yang kaya
Pemberi segalanya

Maha Kuasa
Penguasa yang Tidak Dikuasai
Penganugerah yang selalu menganugerah
Anugerah udara
Anugerah sejahtera
Anugerah rasa
Anugerah jiwa
Penganugerah segalanya

Maha Pengasih
Pengasih yang Tidak pernah jemu
Pengasih kepada yang papa
Pengasih kepada yang sedih
Pengasih kepada yang sakit
Pengasih kepada yang tua
Pengasih kepada yang muda
Pengasih yang Tidak terhitung KasihNya

Maha Penyayang
Penyayang yang Tidak pernah lupus SayangNya
Penyayang kepada yang akur
Penyayang kepada yang kufur
Penyayang kepada yang syukur
Penyayang kepada yang luhur
Penyayang yang Tidak terbalas oleh selainNya

Aduhai manusia
Andai tiada Yang Maha Pencipta
Tiada kita tiada segalanya
Seisi semesta bertasbih memujiNya
Apalah kita seadanya
Andai tiada Yang Maha Agong
Sebutir atom tiada tertanggung
Tiada langit menjadi bumbung
Masakan terpasak bukit dan gunung
Andai tiada Yang Maha Kuasa
Lidah tidak dapat merasa
Tidak manusia bertubuh sasa
Tiada terungkai benang dan kasa
Andai tiada Yang Maha Pengasih
Hidup akan menjadi tersisih
Alam buana tiada yang bersih
Flora dan fauna turut bersedih
Andai tiada Yang Maha Penyayang
Hidupan ibarat buah kepayang
Dihembus bayu terlayang-layang
Tanpa kasih tanpa sayang

Aduhai manusia
Pelik benar masih alpa
Asyik meliar leka senantiasa
Ganjil sungguh berbicara
Lupa usul dari syurga
Lahir bukan untuk sesiapa
Kelak kembali ke AlamNya

Ayuh
Merdekailah jiwa
Ilmuilah batin
Amalikanlah zahir
Zikirilah DiriNya
Fikirkanlah buatanNya
Hitungkanlah pemberianNya
Lupuskan selainNya
Untuk satu pertemuan tanpa noktah......